ASSALAMUALAIKUM
Sudah bertahun lamanya tak buat blog, dari sejak habis sekolah sampailah sekarang saya sudah menyambung pelajaran degree di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Itu pun lagi setahun dah nak habis belajar 😅 berhabuk sudah blog ni.. hahaha
ok2 tanpa kita membuang masa, saya nak bagi review sikit tentang bio oil ni. Saya pakai bio oil dalam masa setahun dan ia memang ambil masa lama nak nampak berkesan. Tapi bagi saya tak sesuai pakai bio oil dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu ni. Sebab bio oil sangat2 berminyak dan bila saya pakainya memang ia tak sesuai ikut cuaca Malaysia yang panas ni. Ia buatkan lagi bertambah melekit. Kalau nak pakainya boleh tapi pastikan jangan terlalu banyak bila pakainya dan pakai pada badan... jangan pakai kat muka pulakkk... jadi orang minyak nanti... habis penuh melekit2 di muka huhuhu...
Sekarang, saya lebih cadangkan bagi yang berkulit kering untuk memakai moisturizer yang tidak terlalu melekit pada muka dan sentiasa lembab.... saya memakai target pro berharga sangat mahal iaitu RM55.92... 😅 ia memang sangat berkesan dan mahal sebab ia macam ubat untuk kulit muka kering. Pernah masa saya semester 4, saya masuk kokurikulum persatuan silat. Habis kulit muka saya kena panau teruk sampaikan ada orang tegur. Malunyaaaa!!!! tapi demi nak merawat kulit ini, saya sanggup berhabisan duit. Sekarang kulit dah makin licin tanpa panau... yuhoooo!!! 😍Tapi sementara saya nak menghabiskannya, saya nak cuma jenama Hada Labo pula hihi
0 comments:
Post a Comment